TOPIK 5
|
ASAS GRAFIK
|
SINOPSIS
Tajuk ini memperkenalkan prinsip asas
grafik sebagai sumber untuk membantu pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Kejayaan sesuatu bahan grafik adalah berdasarkan kepada kualiti
yang diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti
serta penggabungan pelbagai teknik penghasilan yang digunakan.
HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:
i.
Menerangkan
konsep grafik.
ii.
Menghuraikan
peranan grafik dalam pengajaran.
iii.
Menyatakan
prinsip grafik yang berkesan.
iv.
Menyenarai,
menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang menggabungkan elemen,
pola/corak dan susunatur dengan baik dalam penghasilan bahan pengajaran dan
pembelajaran.
v.
Menyatakan
peralatan penghasilan grafik.
Fikirkan
Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan
sesuatu sesi
pengajaran-pembelajaran
anda?
“Sebuah gambar membawa seribu perkataan”.
Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber
pengajaran yang menarik dan berkesan. Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini
bergantung kepada cara reka bentuk dan daya kreativiti pada bahan tersebut.
Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah
dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Perkataan
grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan. Grafik ialah
bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar,
lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan
satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada
aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui
satu kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan
gambar. Grafik membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan
persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru
mempraktikkan prinsip-prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar
dapat menghasilkan satu-satu bahan pengajaran yang mudah menepati objektif
pengajaran, dan bersistematik.
Fikirkan

Bagaimanakah cara untuk
menghasilkan grafik yang menarik?
5.1
Prinsip Grafik
Prinsip
grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik
supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus
dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya
dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.
Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras,
seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan.
5.1.1
Kontras (Contrast)
Kontras
terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya
lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan
perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna
dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus
dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan
untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.
5.1.2
Seimbang (Alignment)
Kesimbangan
merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan
elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip yang
mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak
formal atau sebaliknya.
Seimbang
formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada
kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan yang
mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal
pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi
tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya.
Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.
5.1.3
Mudah (Simplicity)
Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk
untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.
Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.
Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan
perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah
perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

|
5.1.4
Kehampiran (Proximity)
Kehampiran
merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkansupaya
berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen
yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak
disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk
mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan
anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.


a. anak panah b. bentuk c. tekstur
5.1.5
Penegasan (Emphasis)
Penegasan
diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama.
Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat
menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.
|



a. bentuk b.
warna c. perspektif
Rajah
5.5 : Penegasan
5.1.6
Pengulangan (Repetition)
Prinsip
ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat
tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, gariskasar,
bulletyang serupa, warna, unsur reka
bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.

Rajah
5.6 : Pengulangan
Latihan
![]() |
Cuba lihat beberapa
poster pilihan anda. Jelaskan prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia
digunakan.
|
5.2
Reka Bentuk Visual
Reka
bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen
iaitu elemen, pola/corak dan susunatur.
5.2.1
Elemen
Elemen merujuk kepada pemilihan dan
pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual. Elemen wujud dalam
bentuk visual, lisan atau daya tarikan.
·
Elemen Visual boleh
dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:
i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke
atas objek sebenar.
ii. Analogi – memaparkan konsep atau topik
berkaitan sesuatu objek dengan memaparkan kaedah hubungan di antara objek
dengan konsep atau topik tersebut.
iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara
kandungan dan konsep dalam elemen teks seperti carta alir, graf, peta,
skema dan carta klasifikasi.
·
Elemen
lisan
Kebanyakan paparan visual dimantapkan
maksudnya dengan menyatukan perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual.
Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan
sesuatu paparan visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan
huruf perlu diberi pertimbangan dari aspek-aspek berikut:
i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu
dalam mewujudkan konsistensi dan
kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica sesuai untuk paparan visual dan Palatino
untuk teks bercetak.
ii. Bilangan stail huruf – digalakkan jangan
melebihi tiga stail untuk kelihatan menarik.
iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar
menggunakan huruf besar pada tajuk dan huruf
kecil dalam sub-tajuk dan caption.
iv. Warna huruf – kemudahan dibaca bergantung
kepada kontras antara warna huruf
dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.
v. Saiz huruf – berapa besar saiz huruf yang
hendak digunakan adalah berdasarkan
kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu
vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan
yang seimbang, tidak terlalu jauh dan
tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.
vii.
Jarak antara baris – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris yang terlalu rapat akan melahirkan rasa
bagai dihimpit, manakala yang terlalu jarak
menghilangkan rasa kepunyaan.
·
Elemen Daya Tarikan
Visual yang menarik akan
mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D atau 3D, kombinasi warna
yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek yang tidak
keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh
elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:
i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan
rasa lapang atau selesa di antara
elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.

Rajah 5.7 : Ruang
ii. Garisan – digunakan untuk menghubungkan
elemen visual dan untuk mengarahkan
pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.




Rajah
5.8 : Pelbagai Garisan
iii. Permukaan – digunakan untuk
memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat
di atasnya.



Rajah
5.9 : Jenis Tekstur
iv. Bentuk – digunakan untuk menunjukkan dimensi.



Rajah 5.10 : Bentuk 2 Dimensi



Rajah
5.11 : Bentuk 3 Dimensi
v. Warna – digunakan untuk untuk memudahkan atau
meningkatkan kejelasan visual.
Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan
sebagai warna aroma panas kerana
dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan
perasaan, menceriakan suasana,
kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka
warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.
Warna-warna
sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau.
Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan
tumbuh-tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan
kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

Rajah
5.12 : Skema Warna
Latihan:
![]() |
Dapatkan maklumat dari
internet untuk menambahkan fahaman anda tentang warna. Gunakan frasa seperti
skema warna atau colour schemes untuk tujuan tersebut
|
5.2.2 Pola/Corak
Pola/corak berkaitan dengan
soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat
dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan perhatian seseorang
untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.



Rajah
5.13 : Pola/Corak
5.2.3 Susunatur
Susunatur elemen rekaan
visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk menghasilkan karya yang
menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip grafik
yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat mengarahkan pandangan
kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat diperhatikan dalam paparan
visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Thirds). Ia
menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan
menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara
yang utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut ditunjukkan
pada Rajah 5.14.



Rajah
5.14 : Peraturan
Satu Pertiga
5.3
Peralatan Penghasilan Grafik
Imej grafik merupakan suatu hasil
konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea yang abstrak memerlukan
peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan dengan cekap membolehkan
maklumat yang ingin disampaikan dipaparkan dengan tepat dan jelas. Bagi grafik
berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan asas sistem komputer,
tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Di samping itu, peralatan
lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk
menghasilkan grafik. Penggunaan aplikasi berkomputer memungkinkan kesan dilihat
daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa menggunakan pen dan
dakwat berwarna-warni atau untuk mensimulasikan kesan daripada media tradisional
tanpa perlu menuntut banyak ruang.

a.
Pengimbas imej

b.
Kamera digital
Rajah
5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik
RUMUSAN
Tajuk ini telah membincangkan
aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk visual. Dengan ini adalah
diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan
pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik yang berkualiti
dan berkesan kepada murid.
Amali
![]() |
Dengan penggunaan
kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan bantuan alat pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti
carta, poster atau fotoyang boleh anda gunakan untuk mengajar satu tajuk
dalam matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda menggunakan pelbagai
prinsip grafik untuk menghasilkan reka
bentuk visual yang menarik.
|
BIBLIOGRAFI
Dick,
N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The
systematic design of instruction. Edisi ke 6. New
York: Pearson, Allyn and Bacon.
Muhamad
Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan pengajaran
berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Muhamad
Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan pengajaran.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Newby,
T.J, (1996). Instructional technology
for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall.
Norasiah
Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009). Teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia
Noriati A. Rashid, Boon, P.
Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Shah Alam: Oxford Fajar.
Priscilla,
N. & Karin, M. W. (2003). Teaching
with technology: designing opportunities to learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson
Wadsworth.
Smaldino,
S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and
media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.


No comments:
Post a Comment