|
TOPIK 4
|
PERANCANGAN,PEMILIHAN,PENGHASILAN DANPENILAIAN MEDIA PENGAJARAN: MODEL ASSURE |
SINOPSIS
Tajuk ini memberi tumpuan kepada
penggunaan model ASSURE dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
HASIL
PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:
- Menghuraikan
model ASSURE
- Mengaplikasi
model ASSURE dalam merancang, memilih, menghasil dan menilai media
pengajaran
KERANGKA
TOPIK
4.1 Pengenalan
4.2 Model ASSURE
4.1
Pengenalan
Sebelum
memulakan sesi pengajaran, seseorang guru haruslah bertindak merancang,
memilih, menghasil dan menilai media pengajaran. Sekiranya guru tidak membuat
perancangan yang lengkap dan sistematik, maka objektif pengajaran tidak dapat
dicapai. Sehubungan itu pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah
sangat penting untuk dikuasai. Model ASSURE merupakan model reka bentuk yang
berorientasikan bilik darjah.
4.2 Modul ASSURE
Model ASSURE yang berorientasikan bilik
darjah, direkabentuk oleh Heinich, Molenda, dan Russel (1982). Ia bertujuan
memberi panduan kepada guru untuk merancang dan dapat melaksanakan pengajaran
dengan lebih efektif. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dapat mewujudkan
kebolehpercayaan,keyakinan, menarik minat dan dapat membina fikiran positif
murid terhadap pengajar.
Model ini telah diolah semula pada tahun
2002. Dalam modul ini, perbincangan akan merujuk kepada model ASSURE yang
terbaru.
Rajah 1: Model ASSURE
|
|
A -
Analyse learner (Analisis murid)
3 ciri penting
-
Ciri-ciri
umum
-
Kompetensi pra syarat
-
Gaya
pembelajaran
|
|
|
S - State
objective (Nyatakan objektif)
–
Konsep
ABCD
–
Klasifikasi
objektif
–
Objektif
dan Perbezaan individu
|
|
|
S - Select method, media and
materials
(Pilih kaedah, media
dan bahan)
–
Menentukan
kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
–
Memilih
media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
–
Memilih
media yang ditentukan
–
Mengubahsuai
media
–
Mereka
bentuk media
|
|
|
U - Utilise media and materials
(Gunakan media dan
bahan)
–
Prebiu
bahan
–
Sediakan
bahan
–
Sediakan
persekitaran
–
Sediakan
murid
–
Sediakan
pengalaman pembelajaran
|
|
|
R - Require learner participation
(Dorong penglibatan
murid)
–
Libatkan
murid dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latih tubi, perbincangan, kuiz,
projek dan sebagainya.
–
Pengukuhan
diberi selepas mendapat respons daripada murid.
|
|
|
E - Evaluate and revise
(Nilai dan semak)
-
Aspek
pencapaian murid
-
Pembelajaran
yang dihasilkan
-
Menilai
media dan kaedah
-
Kualiti
media
-
Penggunaan
guru
-
Penggunaan
murid
|
4.2.1 Analisis Murid
Media yang hendak digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan murid agar penggunaannya
menjadi lebih berkesan dan efektif. Tidak dinafikan untuk mengenal pasti
keperluan setiap murid adalah sukar. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
kriteria yang boleh dilaksanakan bagi menganalisis murid iaitu:
4.2.1.1 Ciri-ciri
umum
Mengetahui ciri-ciri umum dapat membantu
guru merancang, memilih, menghasil dan menilai media dengan lebih berkesan.
Ciri-ciri umum termasuklah umur, tahun/tingkatan, kelas, aliran, jantina, latar
belakang taraf sosio-ekonomi, budaya, minat, sikap, kawasan dan sebagainya.
Guru boleh mengetahui ciri-ciri umum ini
melalui interaksi dengan murid, pemerhatian atau meneliti rekod murid
yang sedia ada.
Sebagai contoh, jika guru telah mengenal
pasti bahawa murid kurang meminati sesuatu mata pelajaran, tindakan yang boleh
diambil ialah guru boleh merangsang pembelajaran melalui aktiviti kinestik
termasuk simulasi, main peranan, lakonan dan sebagainya. Tayangan video atau persembahan elektronik juga boleh
digunakan sebagai rangsangan untuk aktiviti perbincangan kumpulan.
4.2.1.2 Kompetensi
pra syarat
Kompetensi pra syarat mempunyai kaitan
dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. Hal ini amat penting kerana
ia akan memberi kesan yang besar kepada proses pembelajaran murid. Guru boleh
mengenal pasti pengetahuan atau pengalaman sedia ada melalui ujian pra sesuatu
topik yang dilakukan sebelum sesi pengajaran bermula, sesi soal jawab atau
berinteraksi dengan murid.
Setelah menganalisa tahap kebolehupayaan
atau kekurangan murid, maka guru dengan mudah dapat mengenal pasti media dan
kaedah yang sesuai untuk digunakan agar murid dapat menerima mesej dengan lebih
berkesan dan jelas. Sebagai contoh, guru mengandaikan murid telah memahami
konsep tambah dalam matematik sedangkan terdapat murid yang masih belum
memahami konsep tersebut, sudah pasti mereka akan gagal untuk menguasai topik
itu sekiranya guru terus mengajar tanpa mengenal pasti pengetahuan sedia ada
murid. Jelaslah bahawa guru harus peka terhadap kompetensi yang ada pada setiap
murid.
4.3.1.3 Gaya
pembelajaran
Dunn dan Dunn (1992), membina satu
instrumen standard mengukur gaya pembelajaran dan persekitaran pembelajaran
yang digemari oleh setiap murid. Gaya pembelajaran merujuk kepada trait
psikologi yang menjelaskan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan
bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya
pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk
persepsi dan tingkah laku murid.
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran
yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Ada murid yang suka belajar
secara bersendirian, ada yang suka berbincang dengan kawan atau secara berkumpulan,
ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang suka belajar
di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan adanya iringan muzik, ada yang suka belajar melalui
pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.
Guru yang merancang pengajaran dan
meneliti gaya pembelajaran dengan media yang bersesuaian menjadikan proses
pembelajaran lebih efektif dan berkesan. Sebagai contoh, gaya pembelajaran
auditori lebih sesuai bagi murid yang senang kepada arahan lisan atau bacaan
kuat.
4.2.2 Nyatakan Objektif
Setelah dapat menganalisis murid, guru boleh fokus kepada objektif
pembelajaran. Objektif merujuk kepada hasil pembelajaran iaitu apa yang murid
dapat selepas mempelajari sesuatu topik. Oleh itu, objektif perlu dinyatakan
dengan jelas dan khusus kerana dengan penyataan objektif dapat membantu guru:
i. memilih media dan
kaedah penyampaian yang sesuai
ii. menyediakan
persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan
iii. membuat
penilaian terhadap pencapaian pembelajaran
Pernyataan objektif yang baik dirumuskan secara jelas mencakupi
komponen “ABCD" iaitu:
- Audience (Kumpulan sasaran – murid)
- Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai
hasil murid)
- Conditions (Syarat yang
perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan tercapai)
- Degree (Darjah tahap
pencapaian minimum perlakuan)
4.2.2.1 Audience (Kumpulan sasaran – murid)
Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah murid. Proses pembelajaran
akan berlaku apabila murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada
secara berfikir atau fizikal.
Contoh : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat .....
4.2.2.2 Behavior (Perilaku
yang dapat dilihat sebagai hasil murid)
Perilaku yang dinyatakan dalam objektif hendaklah yang dapat
dilihat dan diukur pencapaiannya. Senarai di bawah merupakan istilah yang
menunjukkan pemilihan perkataan perilaku yang eksplisit:
|
mengukur
|
melukis
|
menamakan
|
melakar
|
|
melabel
|
memadankan
|
menghurai
|
meramal
|
|
menjelaskan
|
membaca
|
menandakan
|
menyusun
|
|
mengenal pasti
|
mengelaskan
|
memilih
|
menjana
|
|
menilai
|
menganggar
|
mencadangkan
|
membina
|
Contoh :
menandakan dan menamakan setelah melihat
peta yang diberi oleh guru
4.2.2.3
Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan
tercapai)
Syarat yang perlu dipenuhi ini dapat membantu guru untuk
menyediakan media yang sesuai, langkah pengajaran dan pembelajaran dan suasana
pembelajaran.
Contoh : menandakan dan menamakan setelah
melihat peta yang diberi oleh guru
4.2.2.4 Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perilaku)
Tahap pencapaian minimum perilaku merujuk kepada kualiti atau
kuantiti tingkah laku atau tempoh masa yang ditetapkan. Pengukuran tahap ini
membolehkan guru membuat tindakan susulan terutama kepada murid yang masih
belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna bagi guru
boleh melaksanakan aktiviti pemulihan bagi murid yang belum menguasai
pembelajaran dan aktiviti pengayaan dan pengukuhan bagi murid yang telah
menguasai pembelajaran.
Contoh : menandakan dan menamakan dua
belas daripada empat belas negeri dengan tepat dan betul.
Contoh penulisan objektif secara keseluruhan mengikut komponen
ABCD:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
Melabel nama tempat pelancongan pada peta
Malaysia sekurang-kurangnya 12
daripada 14 buah tempat dengan tepat dan betul.
Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5
kesan pencemaran udara setelah
membaca petikan akhbar yang diberi.
Klasifikasi objektif yang
memiliki nilai praktis, serta kaedah yang bergantung
pada nyatakan objektif yang akan dicapai oleh guru dapat diklasifikasikan mengikut jenis utama hasil pembelajaran. Ada empat
kategori pembelajaran iaitu:
-
Domain Kognitif
Domain kognitif, belajar melibatkan
berbagai kemampuan intelektual yang dapat diklasifikasikan baik sebagai verbal
/ informasi visual atau sebagai ketrampilan intelektual.
-
Domain Afektif
Dalam domain afektif, pembelajaran
melibatkan perasaan dan nilai-nilai.
-
Domain Psikomotor
Dalam domain psikomotor
melibatkan pergerakan tubuh atau apa saja pergerakan aktiviti dalam bentuk
tingkahlaku.
-
Domain Interpersonal
Belajar melibatkan interaksi dengan orang lain.
Objektif
haruslah difokus kepada kemahiran atau keupayaan berfikir, sikap dan perasaan
murid, kemahiran fizikal dan interpersonal.
Perbincangan
4.2.3 Pemilihan
teknologi, kaedah, media, dan bahan sumber yang sesuai
Apabila guru telah mengenal pasti tahap kebolehan murid dan jelas
dengan apa yang murid harus perolehi daripada proses pembelajaran, maka guru
boleh bersedia untuk membuat pemilihan. Terdapat empat langkah dalam pemilihan teknologi,
kaedah, media dan bahan sumber yang sesuai iaitu:
i.
menentukan
jenis teknologi yang sesuai digunakan
ii.
memilih
kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
iii.
memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang
dipilih
iv.
memilih,
mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih
4.2.3.1 Menentukan
jenis teknologi yang sesuai digunakan
Pemilihan penggunaan
teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan gaya pembelajaran
murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan kemudahcapaian bahan/resos yang hendak
digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi perlu dipertimbangkan berdasarkan
aktiviti yang akan dijalankan. Penggunan teknologi komputer sesuai
diaplikasikan untuk aktiviti projek, pembentangan, simulasi dan sebagainya.
4.3.2.2 Memilih kaedah yang
sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
Sekiranya ditanya, apakah
kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses pengajaran dan
pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah. Tiada satu
kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan pengajaran. Guru
haruslah berfikir dan merancang kaedah pengajaran
yang dirasakan boleh mencapai objektif dan sesuai dengan tugasan pembelajaran.
Kaedah ini termasuklah kaedah simulasi, kaedah bermain, kajian lapangan,
lakonan, latih tubi dan sebagainya. Penentuan kaedah hendaklah berasaskan
kepada analisis dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Contoh, bagi
menarik tumpuan murid pada awal pengajaran boleh dimulakan dengan kaedah
simulasi, diikuti dengan tunjuk cara, amali, latihan dan latih tubi bagi
menyampaikan maklumat kepada murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran.
4.2.3.3 Memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang
dipilih
Bentuk media merujuk kepada
bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Sehubungan itu pemilihan
media hendaklah bersesuaian dengan kaedah pengajaran, objektif dan pengalaman
murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.
Pemilihan media berfokus kepada kesesuaian kurikulum yang sedia ada, bahasa
yang jelas dan tepat, maklumat yang terkini dan tepat, mencetuskan sifat ingin
tahu murid, aspek teknikal kualiti yang baik dan mempunyai panduan yang
lengkap.
Contoh bentuk media seperti
gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga dimensi seperti papet,
wayang kulit, boneka, akuarium, klip
video, audio, pakej persembahan multimedia dan lain-lain lagi.
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini
boleh dalam bentuk petikan, teks, artikel dan sebagainya.
Kriteria pemilihan bahan
sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i.
menggunakan
bahan sumber yang tersedia ada
ii.
mengubah
suai bahan sumber yang ada
iii.
mereka
bentuk bahan sumber yang baru
4.2.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media
yang dipilih
Memilih
media merujuk kepada pemilihan bahan sumber yang dapat membantu mencapai objektif
yang diperlukan. Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu mengikut
beberapa kriteria seperti:
i.
Menepati
kurikulum
ii.
Maklumat
tepat, boleh dipercayai dan terkini
iii.
Bahasa
yang jelas dan mudah difahami
iv.
Menarik
minat dan mencetuskan motivasi murid
v.
Menarik
penglibatah murid
vi.
Mempunyai
kualiti
vii.
Ada
bukti tentang keberkesanan penggunaan
viii.
Bebas
daripada bias
ix.
Mempunyai
panduan penggunaan/ manual penggunaan
Kemungkinan bahan sumber
yang ada perlu diubahsuai Sekiranya anda menghadapi masalah kekurangan bahan
media ataupun media yang dipilih kurang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran, anda boleh mengubahsuai atau mereka bentuk semula media yang
dipilih. Bagi mengubahsuai media terdapat beberapa perkara yang perlu
difikirkan termasuklah objektif, murid, kos, kepakaran teknikal, peralatan,
fasiliti dan masa. Guru juga boleh mereka bentuk sendiri bahan untuk digunakan
oleh murid. Bahan-bahan media bukan sahaja terdiri daripada foto, perisian
komputer , pita video, audio malahan termasuk juga perkakasan seperti komputer,
pencetak, pengimbas, televisyen dan lain-lain.
Perbincangan
4.2.4 Gunakan teknologi, media dan bahan
pengajaran dan pembelajaran
Proses menggunakan media dan bahan dalam pengajaran merupakan
peringkat yang paling penting kerana jika media dan bahan begitu menarik tetapi
tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, maka proses pengajaran dan
pembelajaran gagal. Oleh itu terdapat lima langkah yang perlu dititikberatkan
untuk memastikan penggunaan media mencapai tahap optimum iaitu:
i. Prebiu
bahan terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam kelas
ii. Menyediakan peralatan dan pastikan ia berfungsi serta
mengetahui bagaimana menggunakannya.
iii. Menyediakan persekitan dan tempat yang bersesuaian
iv. Menyediakan murid
v. Menyediakan pengalaman pembelajaran
Sebelum proses pengajaran bermula, pastikan bahan pengajaran
sesuai dan berfungsi dengan baik.
4.2.5 Dorong
penglibatan murid
Pembelajaran menjadi seronok jika terdapat kumpulan murid yang
aktif. Oleh itu untuk mempastikan proses ini berlaku, guru hendaklah melibatkan
murid dengan pelbagai aktiviti termasuklah latih tubi, perbincangan, kerja
berkumpulan dan sebagainya. Guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Kegiatan
pengukuhan hendaklah diberikan kepada
murid serta merta selepas murid memberi tindak balas yang betul.
4.2.6 Nilai
dan semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Peringkat akhir dalam model ASSURE ialah nilai dan semak semula
perancangan. Penilaian yang ditekankan ialah penilaian pembelajaran dan
penilaian pengajaran. Penilaian melibatkan aspek :
i.
menilai pencapaian murid berdasarkan prestasi murid (set objektif
yang ditentukan), prestasi dalam aspek kemahiran dan sikap murid.
ii.
pembelajaran yang dihasilkan
iii.
menilai media dan kaedah
iv.
kualiti media
v.
penggunaan guru dan
vi.
penggunaan murid.
Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
iaitu sebelum, semasa dan selepas (melalui amalan refleksi). Ini bertujuan
untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan
keupayaan murid. Penilaian semasa proses pengajaran boleh dilakukan melalui
pemerhatian perlakuan pembelajaran murid. Guru boleh mengubah teknik atau
mengambil altenatif lain sekiranya menghadapi masalah.
Penilaian pengajaran akan menghasilkan idea untuk membuat
penambahbaikan. Guru akan dapat membuat perancangan yang lebih efektif hasil
daripada refleksi dan maklum balas murid. Selain itu guru dapat membetulkan
langkah pengajaran, pemilihan objektif, pemilihan media yang kurang berkesan
dalam perancangan seterusnya.
RUMUSAN
Model
ASSURE sangat membantu dalam merancang program dengan menggunakan
berbagai jenis media. Model ini menggunakan beberapa langkah, iaitu analisis murid, nyatakan objektif, memilih
media dan bahan, gunakan media dan bahan, dorong murid dan nilai dan semak. Kesemua langkah itu berfokus untuk menekankan pengajaran kepada murid
dengan pelbagai gaya belajar iaitu murid diwajibkan untuk
berinteraksi dalam kalangan mereka dan tidak secara pasif menerima maklumat agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Latihan
|
|
Jelaskan bagaimana model
ASSURE digunakan untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
|
Soalan aneka
pilihan:
1. Semasa
merancang untuk menghasilkan sistem pengajaran, aspek analisa murid merupakan
perkara penting, iaitu
I. Kecerdasan
II. Gaya pembelajaran
III. Jantina
IV. Status sosial-ekonomi
I. Kecerdasan
II. Gaya pembelajaran
III. Jantina
IV. Status sosial-ekonomi
A. I
dan II
B. I,
II dan III
C. I
, II dan IV
D. I,II,III
dan IV
2. Apakah
ciri-ciri (komponen) utama yang perlu diambil kira untuk menulis sesuatu
objektif?
A. Kriteria
(criterion ; standard)
B. Syarat-syarat
tertentu (conditions)
C. Aspek
pencapaian (performance ; tingkah laku)
D. Semua
di atas.
3. Langkah
berikut: Sediakan bahan-bahan; sediakan persekitaran; persediaan murid dan
menyediakan pengalaman pembelajaran, adalah merupakan proses dalam model
ASSURE, iaitu pada peringkat
A. Analisis
B. Pilih
C. Mengguna
bahan
D. Dorongan
BIBLIOGRAFI
Dunn, R.
& Dunn, K. (1992). Teaching
secondary students through their individual learning styles: Practical
approaches for grades 7-12. Boston: Allyn and Bacon.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino,
S.E. (1999).
Instructional media and technologies for learning. Edisi ke 5 . New Jersey: Prentice-Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino,
S.E. (2002).
Instructional media and technologies for learning. Edisi ke 7. New Jersey: Prentice-Hall.
Mohd
Jizat Abdol, Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi
pengajaran dan pembelajaran.
Johor : UTM.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah
Ahmad Zain (2009). Teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia.
Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar.
Wan Zah Wan Ali, Dr. et al. (2008). HBEM3103.
Prinsip teknologi pengajaran.
Kuala Lumpur: OUM.
Instructional Design. Akses pada September 20 2012 daripada
No comments:
Post a Comment