TOPIK 1
|
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
|
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan konsep teknologi, konsep
pengajaran, konsep teknologi pendidikan, peranan teori pembelajaran,
mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain
tersebut. Turut dibincangkan adalah tentang prinsip, peranan dan kepentingan
teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
HASIL
PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan
aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:
- Menjelaskan
konsep teknologi pendidikan
- Menjelaskan
domain teknologi pengajaran
- Menjelaskan
prinsip teknologi pendidikan
- Menghuraikan
peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
KERANGKA TAJUK
1.1 Konsep Teknologi Pendidikan
1.2 Domain-Domain Teknologi Pengajaran
1.3 Prinsip-Prinsip Teknologi Pendidikan
1.4
Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.1 Konsep Teknologi Pendidikan
Fikirkan
Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.
Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi pendidikan ?
Apakah kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?
|
Perkataan
teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran
menggunakan pengetahuan secara sistematik
sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan
idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala
kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.Berdasarkan erti asal perkataann Yunani ini, maka wajarlah jika
Galbraith (1967) mendefinisikan teknologi sebagai:
...the
systematic application of scientific knowledge and other organized knowledgeto
practical tasks.
yang bermaksud: kemahiran mengaplikasi
pengetahuan saintifik
dan
pengetahuan lain yang terurus, secara sistematik kepada kerja-kera praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Teknologi
pengajaran ialah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan
menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif-objektif
tertentu yang berdasarkan penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan
menggunakan sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan
pengajaran yang lebih berkesan.
Teknologi pengajaran merupakan satu
proses yang kompleks dan
Bersepadu yang melibatkan manusia,
prosedur, idea, peralatan
dan organisasi
untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka
bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada
masalah
-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu
adalah
bermatlamat dan terkawal. ( Yusup Hashim, 1998)
Istilah
teknologi sering dikaitkan dengan alat-alat teknologi moden terutama alat-alat
elektronik seperti televisyen, perakam pita video, permainan cakera laser,
permainan cakera padat, perakam pita kaset, projektor LCD dan projektor
lutsinar. Kadakala teknologi bermaksud pembangunan serta pemodenan dan biasanya
sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana kesan penggunaan
alat-alat teknologi itu sendiri.
Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi
proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea,
manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada
alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang
melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan
sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan
“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan
Terdapat satu lagi tafsiran tentang teknologi oleh Evans dan Nation
(2000) yang secara menolak konsep alat sebagai teknologi. Ia dikatakan seperti
berikut:
Technology
is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.
Evans dan Nation (2000)
Teknologi adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu
keperluan. Penggunaan itu pula bukan dilihat dari sudut sains sematamata,
tetapi juga seni. Jadi, jika papan hitam atau papan tulis yang usang di bilik
darjah dicantikkan rupanya dan digunakan hingga membangkitkan kefahaman dalam
pembelajaran, maka itulah teknologi. Akan tetapi jika papan tulis itu terbiar
dan tidak pernah dicari jalan untukmengoptimumkan penggunaannya, maka
tinggallah ia sebagai alat yang usang.
Educational
Technology is defined as “the study and ethical practice of facilitating
learning and improving performance by creating, using, and managing,
appropriate technological processes and resources” (AECT, 2004).
Teknologi
pendidikan adalah sesuatu yang luas sehingga ada yang mengatakan bahawa konsep
teknologi pendidikan itu merangkumi sesebuah organisasi pendidikan itu sendiri.
Konsep dan pengertiannya boleh dibicarakan dari pelbagai sudut.
1.2 Domain-Domain Teknologi Pendidikan
Fikirkan
Apakah domain teknologi pengajaran?
Apakah peranan domain teknologi pengajaran?
Apakah perkaitan antara domain-domain teknologi
pengajaran?
|
Tajuk ini akan membincangkan dua domain teknologi
pengajaran iaitu Domain Teknologi
Pengajaran 1977 dan Domain Teknologi Pengajaran 1994.
1.2.1 Domain Teknologi
Pengajaran 1977
(Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (Association
for Educational Communication and Technology (1977)).
Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu
yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk
menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan
penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran
itu adalah bermatlamat dan terkawal.
Domain teknologi pengajaran dibahagikan kepada tiga fungsi iaitu:
i.
fungsi pengurusan pengajaran;
ii.
fungsi pengembangan pengajaran; dan
iii.
fungsi sumber pembelajaran.
Setiap domain mempunyai peranan masing-masing, bergerak secara
sistematik dan bersepadu menuju ke arah murid, sebagai kumpulan sasaran yang
akan menerima kesan daripada keseluruhan proses yang berlaku. Dari konteks ini,
kesan yang ingin dibawa adalah kesan positif yang menjadikan murid lebih
cemerlang dalam pembelajarannya.
Domain teknologi dimulakan oleh
fungsi pengembangan pengajaran,nkemudian diikuti oleh fungsi sumber
pembelajaran. Fungsi pengurusan pengajaran bertindak sebagai pihak pengurusan
yang memayungi kedua-dua fungsi ini.
1.2.1.1 Fungsi Pengembangan Pengajaran
Fungsi domain ini ialah menganalisis masalah-masalah pembelajaran
serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah ini. Ia
melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah
mengkonsepsikan model teoretikal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh
itu, penyelidikan dijalankan
bagi memperoleh maklumat saintifik berkenaan murid, pengajaran dan
pembelajaran, sumber pembelajaran dan sebagainya. Di sini teori dan model
dihasilkan dan diuji.
Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas
seterusnya adalah merekabentuk pengajaran
yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini ditukar menjadi sebuah
spesifikasi yang akan menjadi asas kepada pembinaan pengajaran. Ia dimulakan
dengan analisis terhadap murid, menulis objektif, memilih strategi pengajaran,
memilih media pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media tersebut.
Daripada spesifikasi ini, penerbitan
media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis, grafik dan gambar
dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer dan
pengendalian alat turut diadakan. Adakah ini sahaja yang dilakukan? Tidak. Itu
hanyalah beberapa contoh. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan, segala macam
media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya. Media pengajaran
yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai terlebih
dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan.
Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudut kemampuannya menepati kehendak
objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualiti teknikal turut dilakukan.
Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan dikemukakan sama ada hasil
penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan pembaikan.
Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk
digunakan. Di peringkat penggunaan ini, murid dibantu untuk
memilih sumber pembelajaran (media pengajaran sebahagian daripadanya) yang
sesuai dengan pembelajaran mereka serta membantu mereka menggunakan sumber yang
dipilih. Kemajuan murid dipantau semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran
ini.
Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempat pengumpulan perlu
disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggara dan
diedarkan. Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan
dapat diikuti, peringkat penyebaran pula
memastikan agar maklumat tentang teknologi pengajaran dikumpulkan dan
disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan dan pemberitaan.
1.2.1.2 Fungsi Sumber Pembelajaran
Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah
tergolong dalam fungsi sumber pembelajaran yang terdiri daripada mesej,
manusia, bahan, peralatan, teknik dan tempat atau keadaan (settings).
Setiap komponen boleh digunakan secara terpisah atau secara kombinasi bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang telah
diterangkan di atas, di peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran
ini dipilih, digunakan dan disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk
daripada proses yang berlaku dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran.
Ia dikategorikan begini bagi memudahkan penjelasan.
Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau
menghantar maklumat kepada murid. Satu daripadanya ialah mesej.Mesej mengandungi maklumat yang diterima oleh murid. Misalnya, isi
pelajaran, arahan dan lain-lain.
Manusia ialah
penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam konteks sekolah
adalah seperti guru, murid, pengetua dan ibu bapa.Bahan juga adalah penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti
nota, buku, pita video,modul pembelajaran (seperti modul ini), cakera padat dan
sebagainya.Peralatan pula
berfungsi menghantar maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti projektor,
perakam audio, pemain cakera video dan sebagainya.Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia digunakan bagi
menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik dan
lain-lain.
Akhir sekali tempat atau
keadaan. Ia merupakan keseluruhan persekitaran di mana mesej akan
disebarkan seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi.
Berhubung dengan sumber pembelajaran, perlu ditegaskan bahawa tidak semua
direka bentuk khusus untuk pembelajaran. Namun, ia masih boleh digunakan
sebagai sumber pembelajaran seperti iklan TV, katalog barangan pengguna, cerita
dari filem atau TV, muzium, zoo, Internet dan banyak lagi. Dalam hal ini,
sumber yang tersedia ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh
itu, murid dan guru perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumber sumberini.
1.2.1.3 Fungsi Pengurusan Pengajaran
Fungsi pengurusan bertujuan menyelaras dan mengawal fungsi
pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya
teknologi pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi
pengurusan organisasi dan kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek dengan cara mengenal
pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif. Seterusnya,
menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan dengan
prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi.
Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan pengambilan,
penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitangan ialah
mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara
pekerja. Berdasarkan penjelasan di atas tidak dapat dinafikan bahawa teknologi
pengajaran dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan
idea bagi mencapai satu objektif tertentu diintegrasikan.Untuk menyelesaikan
masalah, semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu.
1.2.2 Domain Teknologi Pengajaran 1994
Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (Association
for Educational Communication and Technology (1994)).
Domain
teknologi pengajaran tahun 1994 merupakan kesinambungan daripada domain tahun 1977.Terdapat
lima domain dalam teknologi pengajaran kini berbanding dengan tiga sebelumnya.
Namun itu tidak bermakna wujudnya perbezaan yang banyak di antara domain yang
lepas dengan yang terkini kerana domain pembangunan, penggunaan dan penilaian
sudahpun terangkum dalam fungsi pengembangan pengajaran. Setiap domain
mempunyai teori dan amalannya yang tersendiri dan ia boleh berfungsi secara
sendirian atau berinteraksi dengan domain yang lain. Interaksi ini pula tidak
semestinya dalam bentuk linear.
Tafsiran teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT pada tahun
1994: bermaksud:
Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk,
membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk
pembelajaran. (AECT 1994)
Definisi menyatakan bahawa teori dan amalan menjadi asas kepada
setiaptindakan yang diambil. Seorang yang terlibat dengan sesuatu pekerjaan
mesti mempunyai pengetahuan yang boleh menyokong setiap amalan yang dilakukan.Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip
dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan.Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan
masalah.Misalnya, ada teori mengatakan niat dan motif untuk belajar berkait
rapat dengan kualiti pembelajaran.
Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau
teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan,
penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.
i.
Domain Reka Bentuk
ii.
Domain Pengembangan
iii.
Domain Penggunaan
iv.
Domain Pengurusan
v.
Domain Penilaian
Rajah 1.1:
Domain
Teknologi Pengajaran 1994
1.2.2.1 Domain Reka Bentuk
Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah domain reka
bentuk. Reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen system instruksional,
ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domainbreka bentuk terdapat
empat bidang utama iaitu:
i.
Reka
bentuk sistem instruksional
ii.
Reka
bentuk mesej
iii.
Strategi
instruksional
iv.
Ciri-ciri
murid
Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur
atau sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan
menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu
kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik murid belajar dan guru
mengajar.
Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk
menentukan cara dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej
kepada murid.
Bidang ketiga iaitu strategi
instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran
dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran,
kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran.
Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri murid
seperti menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi
kesan terhadap proses pembelajaran.
1.2.2.2 Domain Pengembangan
Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah domain
pengembangan atau pembinaan. Domain ini melibatkan proses menterjemahkan
spesifikasi reka bentuk.untuk menghasil bahan instruksional. Bahan
instruksional terdiri dari bahan cetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan
komputer dan bahan multimedia.
1.2.2.3 Domain penggunaan
Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah domain penggunaan. Penggunaan adalah tindakan
menggunakan kaedah dan model instruksional,bahan dan perkakasan media dan
persekitaran untuk meningkatkan suasanapembelajaran.
1.2.2.4 Domain Pengurusan
Domain keempat iaitu domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas
teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan
penyeliaan pusat sumber/teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan tersusun dan berkesan.
1.2.2.5 Domain Penilaian
Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian.
Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran atau program pendidikan seperti penilaian
pencapaian murid, penilaian penggunaan media, penilaian reka bentuk dan
pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projekmedia pendidikan.
Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah
pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Teknologi pengajaran ialah proses yang kompleks dalam
menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional
bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea,
tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi
pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan.
1.3 Prinsip-Prinsip Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran
Malaysia ada memberi garis panduan prinsip teknologi pendidikan dalam proses
pengajarandan pembelajaran (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2012). Antara
prinsip yang dinyatakan termasuk:
Penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran hanya merupakan sebagai bahan pembantu kepada guru
untuk mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Teknologi
pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan membantu murid belajar
suatu kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan. Tujuan ia digunakan adalah untuk pengajaran
dan pembelajaran dan bukan untuk hiburan atau untuk menunjuk-nunjuk kebolehan
guru menggunakan teknologi pendikan, juga bukan untuk membuang masa murid
sementara menunggu waktu pembelajaran tamat.
Sumber pendidikan dipilih
berdasarkan kesesuaiannya dari segi topikdan objektif P&P, latar belakang
murid, saiz kelas dan keadaan fizikalbilik darjah.
Sumber pendidikan perlu
digunakan untuk mencapai objektif danperingkat perkembangan pengajaran dan
pembelajaran, itu sama ada: bagi
i.
pengenalan topik,
ii.
perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep atau
iii.
penutup/kesimpulan topik pelajaran-
iv.
penilaian kefahaman terhadap topi.
Sumber pendidikan digunakan
mengikut masa yang sesuai untukmengoptimum P&P
Penggunaan sumber pendidikan
perlu dirancang dalam tiga peringkat,iaitu:
i.
Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana
mengaitkannya dengan topik yang diajar
ii.
Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan
aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P
iii.
Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan
danpengukuhan
1.4 Peranan dan Kepentingan
Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Fikirkan
Apakah peranan teknologi pendidikan terhadap
pembelajaran?
Bagaimanakah teknologi pendidikan memberi kesan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran?
|
Teknologi
pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan
dan teknik - teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Antara peranan teknologi
pendidikan dan pendekatan yang dapat menggalakkan
persekitaran pembelajaran positif ialah mengubah peringkat membuat keputusan,
mengubah sistem atau pendekatan pengajaran dan mengubah pengalaman
pembelajaran.
1.4.1 Mengubah Peringkat Membuat Keputusan
Seperti yang telah kita ketahui, di Malaysia sukatan pelajaran ataupun kurikulum sekolah telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan tersebut telah digubal berlandasakan aras kemahiran murid mengikut peringkat umur. Semasa perancangan sukatan atau kurikulum ini diolah dan digubal, perancang kurikulum ini akan berkerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pendidikan dalam kurikulum sekolah.
Pada masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti kurangnya persediaan guru semasa menlaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan kesukaran mendapatkan bahan media yang sesuai untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Di sini dapat dijelaskan peranan teknologi pendidikan telah berperanan merubah kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa dahulu. Sistem pendidikan kini lebih efision dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan kepada murid dalam masa yang lebih singkat.
Sebagai contoh, dalam pelaksanaan PPSMI iaitu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris, kurikulum yang telah gariskan dan sumber media yang dihasilkan dirancang secara seiring. Ini dapat memudahkan guru dalam memilih sumber media yang bersesuai untuk digunakan di dalam kelas. Selain daripada menjimatkan masa guru ia juga mampu memberikan impak kepada pembelajaran yang lebih berkesan dan sistematik.
Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan pengajaran berlandasakan kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih berkesan, mudah, berteknologi terkini dan memberikan impak positif kepada pembelajaran murid dan seterusnya sistem pendidikan.
1.4.2 Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran
Selain daripada mengubah peringkat membuat keputusan, teknologi pendidikan juga berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Hasil pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.
Sebagai contoh, hasil teknologi pendidikan kini dapat menghasilkan sistem yang lebih sistematik dan teratur yang dapat memberi manfaat kepada guru dan murid serta memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penciptaan perisian bagi menyediakan jadual waktu guru (System Windjaws), dan yang terkini sistem pengajaran berdasarkan ‘IES’ (Interaction Education System) dapat memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian IES guru menggunakan komputer semasa pelaksanaan pengajaran dan murid memberikan maklum balas dengan menggunakan ‘remote control’ secara individu untuk memberikan maklum balas. Melalui sistem ini guru dapat mengesan hasil pembelajaran dengan lebih cepat iaitu pada setiap kali pengajaran. Guru juga dapat mengenalpasti aras kefahaman murid secara individu dengan lebih mudah.
Teknologi pendidikan juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya sistem pembelajaran jarak jauh yang menggunakan teknologi maklumat sebagai pengantara ilmu. Jelaslah di sini teknologi pendidikan dapat mewujudkan persekitaran pengajaran yang positif. Hasil kajian dan ciptaan teknologi yang canggih daripada para ilmuan cerdik pandai telah memungkinkan perubahan kepada kepelbagaian sistem dan pendekatan yang lebih produktif bagi melahirkan generasi ilmuan yang lebih ulung.
1.4.3 Mengubah Pengalaman Pembelajaran
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan pembelajaran yang berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah tingkah laku murid. Oleh yang demikian, pengalaman pembelajaran merupakan aspek yang penting di dalam pelaksanaan kurikulum.
Bagi menjayakan kurikulum, perancangan yang teliti dan rapi hendaklah diatur supaya ia dapat membantu murid mendapatkan pengalaman pembelajaran berlandaskan objektif yang ditentukan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran yang telah digubal.
Perancangan seperti penggunaan media yang sesuai sama ada menggunakan aplikasi komputer, simulasi, tunjuk cara atau apa jua bahan yang dapat membantu murid memahami pembelajaran hendaklah ditentukan agar pemikiran secara kritis dan kreatif dapat dijana di dalam kelas supaya murid mampu mengaplikasikan pembelajaran dengan kehidupan seharian mereka.
Teknologi pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya pelbagai kaedah dan teknik-teknik pembelajaran seperti pembelajaran secara berkumpulan atau bersendirian, bersama sumber manusia (tenaga pengajar) dan bukan teknologi (perisian komputer), pembelajaran koperatif dan melibatkan murid secara aktif disamping menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Perubahan ini penting bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid bagi menguasai sesuatu pelajaran.
1.4.4 Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif
Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat merangsang persekitaran pembelajaran yang positif (berkesan) dan dapat menarik minat murid. Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan slaid dapat meransang perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat dilaksanakan di dalam kelas dengan mengunakan teknologi pendidikan bagi menjana persekitaran pembelajaran yang berkesan. Antara pendekatan yang dapat diperaktikkan bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif adalah pendekatan koperatif, pembelajaran kolaboratif, pendekatan berkumpulan dan pendekatan individu.
1.4.5 Menggalakkan Pendekatan Koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Di dalam pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat berkerjasama di dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dikalangan ahli kumpulan dititik beratkan supaya dapat membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif. Dalam melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada murid seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan kepada murid untuk mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan Sistem Solar. Murid diberikan masa untuk mencari maklumat secara berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal komputer. Hasil dapatan tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik IT dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
1.4.6 Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Dalam pendekatan ini, murid akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama. Dalam pendekatan ini juga, setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan komitmen bagi melaksanakan tugas yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi meningkatkan prestasi akademik meraka.
Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains, guru meminta murid mencari satu penyelesaian bagi satu permasalahan seperti faktor yang mempengaruhi pengaratan. Murid diminta untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pengaratan dan melakukan satu eksperimen bagi menyokong pendapat mereka. Di sini, guru dapat menggalakkan murid untuk menggunakan pelbagai sumber media pengajaran bagi membantu mereka, seperti tayangan slide show, hasil pemerhatian dan perolehan maklumat dari sumber internet. Disamping menggalakkan murid berkomunikasi, guru juga dapat memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi pendidikan seperti mencari bahan di internet.
Fikirkan
Apakah peranan lain teknologi pendidikan?
Mengapakah teknologi diperlukan dalam pendidikan masa
kini?
|
RUMUSAN
Tajuk ini telah membincangkan
konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pendidikan, peranan teori
pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi
domain tersebut. Turut dibincangkan adalah tentang prinsip, peranan dan kepentingan
teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
BIBLIOGRAFI
AECT . Association for Educational
Communications and Technology (1977). The
definition of educational technology. Washington DC: AECT.
AECT, Association for Educational
Communication and Technology (1994).
The definition of educational technology.
Washington: AECT.
AECT, Association for Educational
Communication and Technology (2004). Definition and Terminology Committee
document #MM4.0. The
meanings of educational technology. Washington DC: AECT.
Kementerian Pelajaran Malaysia
(2012). Akses pada November 12, 2012
daripada
[http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_Bab_1.pdf]
Evans T. &
Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections on creating
educational technologies. London: Kogan Page.
Galbraith, J.K.
(1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.
Hedges,
William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New York,
NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.
Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri
Pendidikan Fajar Bakti.
No comments:
Post a Comment