TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KUIZ 1
Soalan kuiz ini merangkumi bab 1 hingga bab 6, selamat menjawab
- Definisi yang tepat untuk teknologi?
- teknologi ialah suatu alat
- teknologi ialah kaedah dan idea
- teknologi ialah ilmu dan pengetahuan
- teknologi ialah keupayaan menggunakan alat sesuai dengan fungsinya
- Antara domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah pengurusan pengajaran. Yang berikut ialah perkara yang terkandung dalam fungsi pengurusan dan pengajaran KECUALI
- urusan pembelian
- keperluan organisasi
- pengurusan penilaian
- tentukan matlamat dan objektif
- Teknologi pendidikan adalah penting dalam kurikulum pendidikan guru sebab ianya dapat
- meningkatkan peratus kelulusan peperiksaan
- memberikan kesedaran yang teknologi pendidikan penting kepada guru
- membiasakan guru-guru pelatih menggunakan alat-alat bantu mengajar
- memberikan kefahaman dan kemahiran tentang aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik kepada guru-guru
- Rekabentuk pengajaran penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan kerana rekabentuk pengajaran merupakan
- satu model pengajaran teruji dan tersusun untuk mengajar sesuatu topik
- bentuk pengajaran yang terkini termasuk langkah pengajaran yang rapi
- teori pengajaran mengenai pengurusan alat dalam makmal pengajaran
- satu proses sistematik untuk merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai
- Manakah antara berikut bukan merupakan fungsi media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran?
- pendidikan jarak jauh
- pelaksanaan pembelajaran kendiri
- pelaksanaan pengajaran secara langsung
- menyediakan pendidikan bagi pelajar istimewa sahaja
- Soalan ini berdasarkan Rajah 1 di bawah:-
Analisa pelajar---> Nyatakan objektif--->X----> gunakan media dan bahan---> dorong penglibatan pelajar--->Nilai dan semak
Rajah 1 : menunjukkan langkah dalam analisis model ASSURE. Nyatakan langkah X dalam Rajah 1?- penerokaan isu
- pemilihan media
- kemahiran berfikir
- pengalaman pembelajaran
- Grafik terdiri daripada elemen-elemen berikut kecuali..
- saiz
- ruang
- garisan
- permukaan
- Berdasarkan rajah 2, terangkan apakah maksud peraturan satu pertiga teknik persembahan grafik (Rule of Third) ?
|41%|___|20%|
|25%|___|14%|
i. Cara manusia menyaring sesuatu visual
ii. menunjukkan gerakan dalam rekaan visual
iii. perhatian manusia tertumpu lebih di atas sudut kiri
iv. petak-petak digunakan untuk menunjukkan item-item utama- i dan ii sahaja
- i dan iii sahaja
- ii dan iv sahaja
- iii dan iv sahaja
- Prinsip rekabentuk visual adalah cara menggunakan elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Manakah antara berikut merupakan prinsip rekabentuk visual?
i. simplisiti
ii. dominan
iii. pola
iv. harmoni- i dan ii sahaja
- ii dan iii sahaja
- ii, iii dan iv sahaja
- i, ii, iii dan iv sahaja
- Dalam pengajaran topik gunung berapi, seorang guru ingin menerangkan cara-cara bagaimana letupan gunung berapi terjadi serta kesan-kesannya. Untuk mencapai tujuan tersebut apakah media pengajaran yang sesuai?
- video
- slaid
- carta
- alatan mudah alih
- Mengikut definisi AECT tahun 1994, teknologi pengajaran ialah
i. teori dan amalan
ii. reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian
iii. kemahiran dan pengajaran
iv. proses dan bahan sumber
v. untuk pembelajaran- i,ii,iii dan iv
- ii, iii, iv dan v
- i, iii, iv dan v
- i, ii, iv dan v
- Peranan utama teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
- menterjemahkan secara sistematik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran ke dalam bentuk perancangan bahan-bahan dan aktiviti pengajaran
- membekalkan perisian komputer untuk memudahkan proses pembelajaran
- membangunkan perkakasan yang dapat menyampaikan bahan-bahan pembelajaran terhadap pelajar dengan berkesan dan efisien
- menghasilkan kaedah dan alat untuk kegunaan guru dan pelajar bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajaran
- Reka bentuk pengajaran menyumbang kepada pembelajaran melalui
- melaksanakan pelbagai pendekatan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar
- membina perancangan untuk membangunkan bahan-bahan pengajaran
- menyesuaikan (mengakomodasi) pelbagai saiz kumpulan pelajar dalam bentuk yang efisien
- membekalkan perkakasan teknologi yang menekankan perbezaan individu dalam pelbagai situasi pembelajaran
- Domain pengembangan atau pembangunan melibatkan empat bahagian major teori dan amalan dalam teknologi pengajaran. Apakah empat bahagian tersebut?
- teknologi bercetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer dan teknologi multimedia
- teknologi bercetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu
- teknologi bercetak, teknologi visual, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu
- teknologi bercetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer dan rekabentuk sistem pengajaran
- 'Pembelajaran merupakan kebolehan dan keupayaan para pelajar untuk memberi makna terhadap pengalaman mereka'. Pernyataan ini merujuk kepada perspektif
- behaviorisme
- pemprosesan maklumat/kognitivisme
- konstruktivisme
- sistem
- Di antara strategi pengajaran berikut, yang manakah paling tidak berkesan untuk membina kemahiran dalam mengekod visual
- menonton program televisyen yang paling dramatik
- bercerita berdasarkan satu siri slaid yang diambil sendiri
- bercerita berdasarkan gambar-gambar slaid yang disusun sendiri dari satu koleksi besar slaid
- membuat penggambaran video berdasarkan skrip yang ditulis sendiri
- Salah satu eleman penting dalam model komunikasi Shannon dan Weaver (1949) ialah gangguan atau noise. Merujuk kepada literasi visual, 'noise' didefinisikan sebagai
- perincian dalam reka bentuk visual yang tidak penting dalam interprestasi
- perincian dalam reka bentuk visual untuk memudahkan interpretasi
- penggunaan warna dan simbol dalam visual yang sukar untuk diinterpretasi
- penggunaan gambar foto hitam putih untuk memudahkan interpretasi
- Di antara berikut, yang manakah paling merujuk kepada peraturan pertiga atau 'rule-of-thirds'?
- sel yang dibentuk oleh 'satu-per-tiga' mestilah mempunyai imbangan yang sama
- elemen yang penting mestilah diletakkan pada persilangan garisan 'satu-per-tiga'
- pusat 'satu-per-tiga' adalah kawasan yang paling menarik perhatian
- mesej lisan boleh diingatkan dengan lebih baik jika diletakkan pada bahagian atas atau bawah satu paparan imej
- Manakah antara berikut harus menjadi asas utama pemilihan media untuk sesuatu pengajaran?
- kesesuaian kandungan bahan media dengan isi pelajaran
- kemudahan operasi perkakasan media pengajaran
- kesesuaian atribut media pengajaran dengan objektif pengajaran
- kepelbagaian atribut media yang ingin digunakan
Elemen grafik yang telah memenuhi paparan ini ialah- depth of field
- penyatuan
- prinsip mudah
- harmoni
No comments:
Post a Comment